Friday, May 11, 2012

Mesti Baca!! Keburukan Makan Dengan Sudu!


wuduk

 Pada satu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh Residen British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garpu, beliau dengan selamba meyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya.

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seseorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Berasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu, wanita tersebut lantas bertanya : "kenapa anda makan dengan tangan? bukankankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan?"

m-fork-and-spoon_9482

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain," saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada 3 sebab :
  1. Saya tahu tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garpu kerana saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain, sudu dan garpu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
  2. Saya yakin tangan saya lebih bersih, kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah menggunakannya.
  3. Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang." 
 Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Seandainya sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan, tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.


*Sebuah kisah yang berlaku di akhir abad ke-19.kisah mengenai seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. perkara ini diceritakan oleh pegawai tinggi British yang berkhdmat di Selangor pd masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off oleh Emily Innes

~~kenpa..??~~

awak... kenapa ye..???
 saya dapat rasa yang awak semakin sibuk bekerja...
 kenapa sebelum kita bertunang awak xwat macam ni...
 tapi kenpa selepas bertunang awak semakin sibuk bekerja...??


nak cakap awak xde duit,,??
 awak tipu... sy tahu kewangan awak.... awak lupa saya akauntan syarikat awak...
segla perbelanjan sy tahu...
pegawai dekat sini semua cakap yang saya xbersedia lagi....
bukan saya x bersedia.. tpi sejak akhir2 ini awak semakin sibuk...
 sy perlukan masa untuk berfikir tentang hubungan ini....

tapi.....

syukur alhamdulillah... maha suci Allah...
bila awak buat saya macam ni....
ketahuilah... yang sy semakin dekat dengan Allah...
alhamdulullah...
tapi sy betul2 sayangkan awak...
awak adalah lelaki pertama yang selalu buat sy tersenyum...
saya bahagia ade awak...

i miss u so much dear...
selamat ulangtahun pertunangan kita yang pertama....




Thursday, May 10, 2012

~~menunggu~~

orang cuma akan berfikir bettuahnya aku memiliki si dia...
hurm... aku takkan dedahkan dia pada halayak ramai...
aku tak kesah ape yang orang nak kata...
sepalit rasa membuatkan aku sangat menyayangimu...
selalu aku bertanya mengapa kau sayang aku...
tapi langsung kau x bagi tahu kenapa kan...?? kau buat aku marah...
grrrrrrrrrrr...geram sangat... rindu dengan mak awak....

saya dah ambil keputusan...
saya xnak dedahkan awak di khalayak umum..
bila tiba masanya mereka akan menemui awak...
insya Allah jika di izinkan Allah...

di antara 7 Petala Langit dan 7 Petala Bumi..
terdapat 7 petala Cinta..
jika Allah telah menulis takdir untukku...dan telah tecatat kau jodohku...
jadikanlah aku makmum yang dapat menggapai dan seterusnya mencium bau syurga...
Ya Allah... ampunilah dosa-dosa kami...
jauhilah kami dari kejahatan dan godaan Syaitan yang di rejam..