Thursday, October 13, 2011

SUKAN RAKYAT DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

o.k... entry kali ni admin nk citer pasal sukan rakyat ataupun boleh di panggil permainan tradisional... ramai yang tidak sedar permainan ini kadang-kala sangat mencabar.. admin pon tidak kurang bermain sukan rakyat ni.. huhu.... banyak input yang kita dapat dari permainan ni... antara permainan sukan rakyat yang disediakan penganjur seperti carrom, congkak, dam haji, batu seremban dan musical chair.... kawan-kawan admin pon bermain sukan rakyat ni.... semua permainan yang disediakan penganjur kami main...

ceritanya bermula.....

lepas habis kelas softskill kami... kami pergi ke unit latihan industri (praktikal)... maklumlah sem depan da kene wat practical... selesai urusan di situ... kami pon pergi ke dewan serbaguna di politeknik ini.... masuk2 jer permainan yang kami main dahulu adalh dam haji... permainan ni cume melibatkan dua orang sahaja.... Pengenalan

Setiap pemain memiliki jumlah buah dam yang sama (24 pada papan bersaiz 10 x 10 atau 12 pada papan 8 x 8), tetapi berlainan warna. Seorang hitam dan seorang lagi putih (atau merah). Pilihan warna tidaklah begitu penting berbanding catur, kerana warna putih tidak semestinya bermula dahulu.


Giliran


Mengikut persetujuan pemain, mana-mana pihak boleh bermula dahulu. Setelah pemain pertama menggerakkan satu buah, giliran pemain kedua pula. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat.


Cara bergerak

Setiap buah dam cuma boleh bergerak satu petak secara pepenjuru, sama ada ke kiri atau ke kanan, sekiranya petak tersebut masih kosong.
Haji (buah dam yang telah sampai ke hujung papan sebelah lawan) bergerak dengan cara yang sama, tetapi boleh pergi seberapa banyak petak yang dikehendaki Papan dan buah dam



Papan

Papan permainan yang digukan sentiasa berbentuk segi empat sama. Papan ini akan dibahagikan kepada (biasanya) 64 atau 100 petak segi empat sama, dengan warna petak yang berselang-seli gelap dan cerah. Polanya sama dengan papan catur, cuma saiz dan warnanya sahaja yang mungkin berbeza.



Buah

Buah dam boleh dibuat dari hampir apa sahaja. Yang penting ia boleh disusun dua sekali untuk menjadi "haji". Di warung kopi misalnya, kadang-kadang tutup botol digunakan sebagai buah, maka satu pihak akan menelangkupkan tutup botol manakala pihak lawan akan menelentangkan tutup botol.
Kedua-dua pemain bermula dengan buah biasa. Sekiranya mana-mana buah pemain berjaya sampai ke hujung papan lawan, ia dikatakan "naik haji". Buah haji ini biasanya dibezakan dari buah biasa dengan meletakkan satu lagi buah di atasnya (disusun dua tingkat). Keistimewaan buah haji ialah ia boleh bergerak ke hadapan atau ke belakang seberapa banyak langkah yang dikehendaki (sekiranya tidak dihalang buah lain).



Cara makan



Buah biasa

Sekiranya di pepenjuru kanan/kiri hadapan suatu buah sendiri ada buah lawan, dan di belakangnya kosong, maka buah lawan tersebut boleh dimakan (ditangkap dan dikeluarkan dari permainan) dengan melompat buah lawan tersebut. Ertinya, buah sendiri diletakkan di petak kosong di belakang buah lawan, kemudian buah lawan dikeluarkan dari permainan.
Sekiranya selepas makan kali pertama, situasi yang sama berulang lagi, maka pemain berhak memakan lagi. Ertinya, seseorang pemain boleh memakan beberapa buah lawan dalam satu giliran.
Perlu diingatkan bahawa buah dam biasa cuma boleh bergerak, dan oleh itu makan, ke hadapan.



Buah haji

Cara makan buah haji sama dengan buah biasa. Bezanya, bauh haji boleh bergerak banyak langkah, dan oleh itu boleh makan buah lawan yang jauh. Buah haji juga boleh makan ke belakang kerana ia boleh bergerak ke belakang


Peraturan makan

Sekiranya ada peluang memakan buah lawan, pemain diwajibkan melakukannya. Kegagalan untuk memakan buah lawan akan menyebabkan phak lawan berhak mengambil buah pemain yang gagal memakan dan mengeluarkannya dari permainan.
Sekiranya terdapat pilihan untuk memakan buah lawan, pemain boleh memilih untuk memakan mana-mana buah yang dikehendakinya.
Sekiranya ada dua buah atau lebih untuk dimakan, pemain boleh memilih untuk makan seberapa banyak buah yang diingininya.

Bermula

Kedudukan pemulaan 8x8
Kedudukan permulaan permainan dam adalah seperti di dalam gambar di sebelah. Petak paling bawah kiri berwarna gelap, manakala petak paling bawah kanan berwarna cerah. Setiap pemain meletakkan (bagi petak 8x8) kesemua 12 buahnya pada 3 baris yang terdekat, pada petak yang berwarna gelap. Ini akan meninggalkan dua baris kosong di tengah papan permainan.
Seperti yang disebut di atas, mana-mana pihak boleh bermula dahulu, bergantung kepada persetujuan pemain.

Tamat

Permainan dam tamat apabila:
Seorang pemain kehilangan semua buah damnya. Dia dikira kalah.
Seorang pemain tidak dapat menggerakkan buahnya kerana disekat. Dia dikira kalah.
Seorang pemain menyerah kalah.
Kedua-dua pemain bersetuju untuk seri, biasanya kerana kedua-dua pemain mepunyai buah haji yang tidak dapat dimakan atau disekat.


so lepas main tue kami pon balik.... admin menang tempat kedua dalam permainan batu seremban....! hehe....


 ni muke2 membe y tgah main,.... see k...




PERMAINAN BATU SEREMBAN














PERMAINAN CONGKAK












PERMAINAN MUSICAL CHAIR






























PERMAINAN DAM HAJI




















Rase2nye..........best x sukan niey...??? so, main la ye sukan rakyat ye....!

No comments:

Post a Comment