Thursday, November 24, 2011

KaDaNG-KaDAnG

kadang-kadang admin x suka lelaki yang ego ni... but kadang-kadang tue admin suke... ego ni kadang-kadang bagus... sebab kita x jadi seorang yang hipokrit.. tapi kalau kita terlebih ego pon x boleh... boleh jadi punce perpisahan... kadang-kadang tu admin pelik sangat... hanya sebab yang kecik pon sanggup bergaduh hari-hari.. janganlah sebab yang kecik pon boleh jadi masalah... pening sangat dengan orang yang x suke berfikiran positif... hello... awak sape??? xpatut buat kat orang yang awak sayang macam tue... terlampau ego la kamu ni... x baik.... well... kau da besarkn sayaaaaannggg...!! kau boleh pikir mana baik dan buruk kan sayaang... kau da dewasa... sepatutnya kau matang la sayang... aku benci bila kau suka cari gaduh dengan aku sebab benda kecik... kau memang sengaja mencari kesilapan aku... kau sengaja nak buat aku marahkan kau... kau nak tengok aku marahkan kau buat kali pertama... jangan salahkan aku... kau terlampau ego kali ni... jangan marah kalau satu hari nanti aku nak putus dgn kau sayang...! satu masa kalau aku dah tak tahan dengan perangai kau.... tolonglah matang sayaang...!!















from------------->>>>      

BaLiK KaMpUnG

haaaaaa....!!! nampak x tajuk atas tue... bukan nak cakap apepun... but...... now mase untuk balik kampung... yeaaaaayyyyyyy... walaupun hari-hari balik kampung.... hehe... tue yang x rase apepun... sebabnye... hari-hari jumpa mama.. hari-hari boleh balik.. seronoknye... hurm... cume nak cerita sikit pasal malam tadi.. adoih.... ingat plan nk kenekan kawan kami... tp dye xsporting langsung.. tp y bestnye... admin la y kene... adoih... sakit hati betul kene air basi plus ikan busuk... nak muntah.. arrgggggggggghhhhhhhh.... pliz help me...... berkejaran admin dengan kawan2... sampai xsedar ade lelaki masuk block kami... adoih... ape la bawak masuk family laki dkt asrama... bongek la... sengal... hehe... hati-hati perjalanan nanti... tata.... selamat pulang ke kampung... jage diri ye....












from------------------>


Wednesday, November 23, 2011

betul ke??

Tahukah anda, apabila kita menegur seseorang terdapat satu aura yang kuat untuk membolehkan seseorang itu berfikir kembali tentang kesalahan yang telah mereka lakukan?

Sekiranya anda tidak percaya, cuba anda berikan teguran kepada rakan anda sekiranya mereka melakukan kesalahan. Sudah tentu setiap nasihat dan teguran itu akan membuatkan mereka berfikir kembali tentang kesalahan yang telah dilakukan.

Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza-beza. Ada yang menggunakan cara lemah lembut untuk menegur seeorang, ada yang menggunakan cara yang keras dan ada juga yang menggunakan cara yang berhikmah untuk menegur.

Namun, jangan terlalu menegur seseorang itu dengan kasar.. kerana kemungkinan hubungan anda dan rakan anda akan menjadi kurang baik.. 

Terdapat manusia yang sudah terlalu tinggi ilmunya dan pantang sahaja ditegur lalu mereka akan melenting sekiranya ada insan lain yang kurang berilmu menegur mereka. Hari ini jika dilihat suasana di sekeliling, terlalu ramai manusia yang memerlukan nasihat, teguran dan bimbingan daripada orang di sekeliling mereka.

Jika diteliti, nasihat dan teguran ini amat diperlukan oleh mereka yang ingin berubah. Ramai yang cuba berubah tetapi mereka tidak mendapat bimbingan daripada orang di sekeliling

Manusia amat sukar mengenali kesalahan diri sendiri tetapi orang di sekeliling mereka boleh mengenalinya.

Jika tiada teguran daripada orang di sekeliling, kita berkemungkinan merasakan diri kita sudah cukup hebat. Setiap teguran daripada orang di sekeliling akan sukar untuk diterima. Ilmu yang diperolehi menyebabkan kita ego dan sukar menerima kenyataan.

Tetapi, apabila ditegur kita secara spontan akan memikirkan kembali kesalahan diri dan hal ini disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati seseorang itu untuk menjadi manusia yang terbaik. Bermula daripada teguran itu, ego mungkin akan runtuh jua satu hari nanti. Setiap teguran dan nasihat juga sebenarnya menyebabkan manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Manusia saling memerlukan. Mereka memerlukan bimbingan, teguran dan nasihat. Tanpanya mereka akan hanyut dalam dunia sendiri. Walaupun mungkin saling membenci akibat satu teguran tetapi percayalah teguran itu akan sentiasa diingati kerana tingginya nilai aura nasihat dan teguran itu.

Tidak salah menegur seseorang itu asalkan beretika.. Kadang-kadang kejujuran itu penting.. Katakan yang benar walaupun pahit. 

Tapi kadang-kadang apa yang benar itu sering di salah tafsirkan oleh rakan. Tidak semua manusia itu baik. dan tidak semua orang itu jahat.. Menegur dengan cara yang baik akan membuatkan seseorang itu berubah..

Tegurlah seseorang itu dengan beradab... Bukan dengan cara perli memperli.. Jangan sesekali memalukan rakan kita.. jika kita memalukan mereka.. Maka jatuhlah maruah rakan anda.. Jangan sesekali membuatkan rakan-rakan anda menyesal mengenali anda..






ikhlas dari---------------------->  

Tuesday, November 22, 2011

TENSIOOOOONNNNNN...!!!



oleh kerana muka aku mcm kanak2, tambahan tension, inilah gambar yg sama situasi macam aku tengah hadap. aku tension sebab aku tak boleh nak leisure sangat sem ni. nak tengok cerita mesti kena bersambung, gara-gara EXAM yang overload sampai nak pecah air ketumban dah ni...


adoih... xtahu nak bace ape lg... rase nk pecah otak yang comel ni... ari ni admin exam ISLAMIC BANKING FINANCIAL SYSTEM... doakan semoga admin ley jawab semua soalan... huh... mood... tgah tension niey....
arrrrrrrrrrrrrrgggggggggggghhhhhhhhhh..!!!!!!!!!!!!!!!!!
hehehehehehhehe...
good luck to my fres semua..... hentam samapai pecah air ketumban... hehe










Missing You - First Lady (with lyrics)

huaaaaaarrrrrrrggg... sedeyhnye.... miss him my drug so much....

Baby i LOVE you - by - 1st Lady ( lyrics )

lagu ni merupakan lagu percintaan aku dengan sang arjuna.. kami suka dengan lagu ni... xsangka sang arjuna juga amat meminati lagu ini... hehehe... dalam hati ada taman rupanya.... hehe... jom kita layan lagu kami ni ye... hhehehe..


Facebook

huh........ baru tengok facebook friend list td... tengok2 ade orang block admin.... warghhhh... nk nangis.. hehe... ada juga orang yang remove admin dari frens list dye... adoiyhh...
kenapalah ada orang yang remove or block seseorang tue sebab cinta tak terbalas... bukan sengaja... tapi kta tak boleh tipu perasaan kita sendiri... kita hanya boleh sayang tetapi kita tak boleh nak cinta seseorang tue... cintak xboleh di paksa... jangan putuskan persahabatan kerana cinta yang tidak diterima... anggap ianya bukan jodoh... think positif dear...


                              



kadang-kadang orang boleh jumpa jodoh dalam facebook......



kadang-kadang melalaikan... think positif k...







Monday, November 21, 2011

Harimau Malaysia Boleh.....!

malam tadi secara langsung dari kaca televisyen TV3 seluruh rakyat Malaysia yang tidak dapat datang ke Stadium bola sepak di indonesia telah sama-sama menyokong pasukan Harimau Malaysia... bermula dengan gol dari pasukan indonesia pada separuh masa pertama dan diikuti gol dari malaysia... kedua-duanya terikat dengan jaringan 1-1 sehingga tamat masa... permainan diteruskan dengan masa tambahan pertama.. namun tiada jaringan dilakukan.... permainan di sambung ke masa tambahan kedua.. namun tiada jaringan yang di buat kedua-dua pasukan.. oleh itu sepakan penalti telah dilakukan.. dan sepakan penalti ini yang menjadi penentu apabila Malaysia berjaya mlelakukan sepakan penalti mengalahkan Indonesia 4-3... seterusnya membuatkan pasukan Malaysia menang...

selepas kemenangan...


pasukan penyokong malaysia.....



penyokong pihak lawan yang hampa.....








tahniah Malaysia.... Malaysia boleh.....!! i Love Malaysia....

Best Proposal Ever: A 6 Year Plan!!

Friday, November 18, 2011

my birthday...

todays are my birthday... welcome to 19 club... tahnks to my frens... sebab basahkan sy dengan air... selamber je simbah aku dengan air jambu asam boy tue... mmg terbaik... hehe... thanks a lot to my mom coz give me a beautiful chocolate cake... sedap sangat... besar... but... cume ade satu pic je... hp betri hbs... ni pown membe admin y snap .......


dengan pesanan 
"belajar sing tenanan
 wes 19 thn 
siti azwa nazihah 
(Lady Wawa)
 love you
from : mama"
 i love you mama...

Tuesday, November 15, 2011

Tentang Cinta... kuiz... apa yang anda mahukan dari pasangan...


Setiap orang mahukan pasangan untuk mengisi kekosongan di dalam hidup. Namun ramai yang keliru dan tidak jelas apa yang dimahukan oleh pasangan . Di bawah ini adalah cara untuk kamu mengenal pasti harapan dan hasrat yang tersirat di hati kamu untuk pasangan.

Baca situasi di bawah dan jawab dengan jujur,. Jangan melihat jawapannya terlebih dahulu, percayalah dengan diri sendiri.

Ada lima perkara yang berlaku secara serentak:

A Cerek air berbunyi tanda air yang dimasak sedang mendidih di dapur
B Air di dalam mesin basuh melimpah.
C Adik kamu yang masih bayi menangis.
D Telefon bimbit berdering
E Ada orang menekan loceng rumah
F Hujan turun membasahi pakaian di ampaian.

Soalan : Antara 5 situasi tersebut, yang mana kamu akan lakukan terlebih dahulu? Susun 5 peristiwa ini mengikut keutamaan dan kepentingan. Fikirkan secara mendalam dan buat keputusan dengan bijak. Jawapan kamu akan membongkar isi hati kamu yang tersirat. Ingin tahu rahsianya, jom kita semak.......


Jawapan A
Ertinya, kamu amat mementingkan keselamatan, dan suka menyelesaikan masalah di peringkat awal. Lantaran kamu memilih untuk menutup api air di dapur kerana bimbang berlaku perkara yang tak diingini seperti kebakaran. Sikap ini mencerminkan keinginan kamu yang mendambakan pasangan yang boleh melindungi kamu agar kamu berasa selamat berada di sisinya. Kamu juga amat mengharapkan kekuatan atau kelebihan dirinya untuk membimbing kamu pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, kamu memerlukan sokongan dan kata semangat yang tidak berbelah bagi dari pasangan. Andai berlaku pertengkaran, kamu harapkan pasangan segera memujuk dan menyelesaikan masalah bersama, malah kamu tidak suka pasangan membuatkan kamu terluka atau memendam rasa. 

Jawapan B
Kamu sebenarnya tidak suka membazir. Bagi kamu, harta dan wang ringgit perlu dijaga dan digunakan sebaik mungkin. Begitu juga prinsip kamu dalam percintaan, kamu seorang yang mementingkan materialistik, bagi kamu, wang serta harta dapat menjamin masa depan yang cerah dan membahagiakan kamu. Lantaran, kamu amat mengharapkan pasangan kamu dapat memenuhi keperluan dan kehendak kamu dalam menyediakan segala kemudahan serta kesenangan hidup. Kamu jenis yang tidak mahu susah dan amat bergantung pada pasangan. W/pun begitu, golongan ini mempunyai kelebihan kerana bijak merancang perbelnjaan, berjimat cermat, dan menyimpan wang.

Jawapan C
Golongan yang memilih untuk memujuk adik agar berhenti menangis menunjukkan kamu sangat prihatin dan mementingkan kasih sayang dalam sesebuah hubungan. Dalam perhubungan percintaan atau kekeluargaan, kamu dikategorikan sebagai seorang yang manja dan suka dibelai. Kamu sangat berharap pasangan sentiasa mengambil berat dan mengcurahkan kasih kayang kepada kamu. Bagi kamu, cinta adalah kunci kebahagiaan dan kamu tidak jemu menyemai kasih sepanjang bersama dengan si dia. Pasangan yang menjadi pilihan kamu semestinya individu yang memntingkan nilai kekeluargaan dalam kehidupan.

Jawapan D
Ia mewakili sikap kamu yang peka dan mementingkan budi bahasa. Kamu juga mempunyai kelebihan dalam berkomunikasi, pandai bergaul, mudah didekati. Jelas di sini, kamu amat mengambil berat tentang tujuan pemanggil dan tidak suka membuatkan orang lain tertunggu-tunggu. Dalam percintaan, kamu amat mendambakan pasangan yang bijak berkomunikasi, menjaga perlakuan serta berbudi bahasa. Kamu percaya komunikasi yang baik adalah rahsia megekalkan keharmonian dalam hubungan istimewa. Sikap ini juga membongkar hasrat tersirat kamu yang inginkan pasangan yang bersikap terbuka dan sentiasa berdiplomasi dalam segala hal.

Jawapan E
Kamu amat memikirkan tentang diri orang lain berbanding diri sendiri. Kamu juga mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan cenderung menilai orang dari luaran. Kamu amat mementingkan rupa paras, personaliti dan penampilan pasangan. Pertama kali bertemu, kamu akan menilai luaran si dia dari cara berpakaian, berdandam dan membawa diri. Rupa paras pasangan kamu menjadi keutamaan sebagai teman hidup. Semestinya, kamu menaruh harapan yang tinggi agar pasangan berpenampilan dan berpewatakan menarik. Kamu juga bangga jika pasangan memiliki rupa yang menawan. 

Jawapan F
Golongan ini tidak suka melakukan perkara yang sia-sia kerana bergegas ke ampaian untuk mengangkat kain. Kamu tidak rela melihat pakaian basah kuyup dalam sekelip mata kerana kamu berusaha keras membasuh, membilas dan menjemurnya sejak pagi. Kamu seorang yang bekerja keras dan aktif. Sesuai dengan personaliti kamu yang gigih berusaha dan tangkas, kamu juga mahukan pasangan yang ringan tulang dan sedia membantu kamu di kala kamu susah dan senang. Kamu setia memberi sokongan padu kepda pasangan dengan harapan pasangan kamu akan bekerja keras merealisasikan impian bersama. Kamu juga mahukan pasangan yang kuat dari segi mental agar kamu dapat mengharungi dugaan demi dugaan.
 

ilusi.....



cuba kamu semua buat semua benda ni...best... boleh tajamkan otak kamu semua.. :)






cuba ini juga.......


Monday, November 14, 2011

pemberian dari sang arjuna...


terima kasih awk sebab bahagiakan sy.. sy dah terima hadiah awak 4/11/2011 pukul 4.30 petang... awk... sy akan jage barang tue baik2... ianya sangat berharga untuk sy.... sy sayang awak sangat2... awak kate tue simbol pertunangan kita yang da masuk 6 bulan... banyak dugaan yang kita tempoh bersama.... suka duka menempuh perjalanan yang sukar... awak cakap sy penyabar dengan segala dugaan... termasuk dengan miss S.. of course dear... let the best woman win... i want to be the best woman for you... the luvly gift.... one by one you give it to me...


L chain......



then..., the smart cam recorder...



smile......



dengan bunga pon boleh... huhu


  
then trus klik.....



the male of teddy bear... but realy cute..


my lanlan...<3


Sunday, November 13, 2011

DEMI CINTA LELAKI....!


            Demi lelaki yang aku cintai, aku sanggup menyerahkan kesucian diri yang aku jaga rapi dari dahulu kepada mana-mana lelaki. Namun demi lelaki yang hanya ku kenal baru seketika telah membuatkan aku hanyut dalam syurga dunia. Bukan aku tidak ada agama. Bukan aku tidak tahu pasal hukum-hakam agama. Namun, aku kalah dengan pujukan iblis yang sering kali membuatkan aku lalai dan melupakan Allah S.W.T.

Pernah dahulu aku tidak mahu berkenalan dengan mana-mana lelakipun kerana aku takut akan maksiat yang aku lakukan. Kerana hasutan Syaitan yang terus-terusan menggodaku, akhirnya aku tergoda.

Ceritanya bermula setelah aku berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA. Seluruh keluargaku sangat bersyukur dengan pencapaianku sehingga berjaya ke menara gading. Orang yang paling gembira ialah mamaku. Dialah yang selama ini menjagaku setelah ayahku terpaksa menceraikan mama kerana ibunya. Ibunya tidak suka dengan mamaku kerana mamaku seorang yang alim. Ayahku terpaksa menceraikan mamaku walaupun itu bukan kemahuannya. Kata ayah, dia terpaksa menceraikan mama jika tidak mama akan terus disakiti ibunya.

Oh ayah.. begitu berat ujian buatmu. Namun aku sangat berterima kasih kepadamu kerana walaupun telah bercerai dengan mama engkau tidak lupa memberikan nafkah, makan dan pakai untuk anak-anakmu. Kami sungguh bahagia walaupun mama dan ayah tidak tinggal sebumbung.

Ayah selalu menjenguk kami. Ayah kata walaupun mama dan ayah sudah bercerai, tapi kasih sayang ayah terhadap anak-anak ayah tidak dapat di pisahkan. Oh ayah... adik sayang ayah. Kadang-kala ayah menelefon kami. Bertanya tentang pelajaran, makan, pakaian kami dan solat kami. Kami tahu ayah sibuk menguruskan syarikat pakcik. Kami tahu ayah terpaksa ulang-alik ke luar negara untuk mengembangkan lagi syarikat pakcik.

Tetapi, sejak enam bulan yang lepas, adik dapat tahu ayah akan menguruskan syarikat pakcik di luar negara. Ayah.... jangan tinggalkan adik. Tetapi ayah tetap pergi. Sebulan ayah di sana, ayah ada mengirimkan email kepada kami. Namun, sejak kebelakangan ini kami jarang menerima email ayah. Ayah kata ayah sibuk.

Oleh kerana kurang perhatian dari seorang lelaki akhirnya aku berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Raziman. Dia seorang lelaki yang pada mulanya menolong aku semasa mula-mula menjejakkan kaki di IPTA ini. Dia salah seorang senior yang menjaga aku semasa Minggu Suai Kenal dijalankan. Segala makan minum dan kesihatanku dijaga. Keakraban kami membibitkan perasaan sayang yang aku sudah lama tidak terima dari seorang lelaki.

Raziman sangat terkanal di kolej ku. Dia memang seorang lelaki yang tampan. Memang dia lelaki pujaan di kolej ku. Aku sangat bertuah mendekatinya. Ramai wanita di kolejku selalu iri hati melihat kami berdua bersama selalu. Raziman sangat mencintaiku. Dia sanggup menjagaku di saat aku demam. Dialah yang merawat aku sehingga aku sembuh.

Suatu hari di sebuah taman, aku dan dia berdua duduk di sebuah kerusi di situ. Walaupun telah lama mengenali satu sama lain, kami tidak pernah bersentuhan. Namun petang itu kerana pujukan Syaitan, Raziman tiba-tiba mendekatiku sehingga badanku melekat ke badannya. Dia melentokkan kepalanya di ribaku. Aku bagaikan terpukau terus sahaja membelai rambutnya. Raziman gembira. Itulah zina pertamaku.

Seminggu kemudian, kami pergi berkelah berdua di air terjun batang kali. Kami pergi berdua sahaja. Aku langsung tidak memberitahu mamaku mahupun sesiapa. Setelah mandi-manda di air terjun itulah tiba-tiba Raziman memelukku. Aku terus membiarkan dia memelukku kerana sayangnya aku kepadanya. Tanpa ku sedari, kami bercumbu. Ya Allah.. malunya aku kerana tunduk dengan pujukan syaitan. Nikmat dunia yang hanya sementara.

Kerana peristiwa itu, kami sering berjumpa dan bercumbu apabila memperoleh kesempatan. Aku membiarkan sahaja Raziman mencumbuiku dan bagaikan tiada maruah aku membiarkan sahaja Raziman meraba tubuhku. Aku langsung tidak memikirkan dosa yang ku peroleh. Aku hanya mengetahui nikmat dan cinta yang Raziman beri padaku.

Kami terus-terusan melakukan maksiat. Hanya kerana mengejar dunia. Aku lupakan akhirat. Aku lupa pesan mama yang menyuruhku pergi belajar dan menjaga maruah diri dan keluarga serta agamaku. Mama, adik minta maaf. Pelajaranku semakin merosot. Namun kami terus melakukan perkara terkutuk itu.

Sehinggalah pada suatu hari mama memintaku untuk pulang ke rumah kerana mama ingin membuat kenduri. Oleh kerana tidak mahu Raziman kecewa, aku menipu pada mama bahawa aku mempunyai assigment yang perlu di hantar segera. Mama kecewa. Ya Allah.. itulah pembohongan aku yang pertama kepada mamaku. Mama.... adik minta maaf..

Malam minggu itu akhirnya aku menyerahkan kesucian diriku pada seorang lelaki yang bernam Raziman. Malam itu, aku hanya membiarkan Raziman membuka pakaianku satu persatu. Oleh kerana tidak mahu di tinggalkan Raziman aku sanggup menyerahkan mahkota diri ku pada lelaki yang bukan suamiku yang sah. Kerana pujukan Syaitan aku tergoda. Raziman menggodaku. Aku langsung tidak menepis mahupun melarang tindakan Raziman. Pujukan dan sentuhannya membuatkan aku hanyut. Hanyut dengan godaan lelaki. Ya Allah... malunya aku.... kami tewas dengan pujukan Syaitan.

Bukan setakat malam itu, kami melakukannya apabila kami berkesempatan melakukannya di rumah Raziman. Oleh kerana ibu bapanya sibuk, rumah itu akan sunyi. Sehinggalah suatu hari ketika ingin melakukan perbuatan terkutuk itu, aku muntah.

Keesokannya kami pergi ke klinik bersama-sama. Ujian mendapati aku hamil 3 minggu. Oh tuhan malunya aku. Dunia ini ku rasakan sangat gelap. Masa depanku hancur. Raziman pergi meninggalkan ku keseorangan mengalami masalah ini.

Mahu tidak mahu aku terus pulang ke kampung. Aku terpaksa jujur dengan mamaku. Setelah memberitahu mamaku tentang berita buruk ini, air mata seorang ibu jatuh ke lantai. Malam itu buat pertama kalinya aku di pukul ibuku dengan menggunakan kayu api. Hampir pitam aku apabila mama memukulku separuh mati. Akhirnya, kakak-kakakku mencari lelaki yang bernama Raziman untuk bertanggungjawab ke atas bayi dalam kandunganku. Kakakku berjaya mencarinya.

Dua minggu selepas itu, ketika kami ingin bernikah. Tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon dari pihak polis yang mengatakan kenderaan yang di naiki Raziman sekeluarga terbabas ke dalam gaung. Semua penumpang dan pemandu meninggal di tempat kejadian. Pitam aku mendengar berita itu. Kandunganku semakin membesar. Setiap hari aku berfikir ingin menggugrkan kandungan ini. Namun kuasa Allah. Apabila aku ingin menggugurkannya akan ada penyelamat.

Haykal, teman rapatku sejak kecil sering menasihatiku. Nasihatnya telah membuatkan aku sedar bahawa Allah masih menyayangiku. DIA ingin aku bertaubat. Kembali ke jalan-Nya. Seminggu kemudian, Haykal masuk meminangku. Aku terpina dan kejutan yang di beri. Rupa-rupanya Haykal telah mencintaiku sejak kami di bangku sekolah menengah. Haykal sudi menerima aku dan kandunganku yang bukan darah dagingnya sendiri. Kami bernikah tidak lama selepas itu.

“abang, kerja elok-elok ye. Ingat..! hari ni ulangtahun perkahwinan kita yang ke-3. Jangan lupa balik awal. Saya masak lauk kegemaran abang”sambil mencium tangan suamiku.

“baik sayang. sayang jaga rumah elok2 ye. abang pergi kerja ni...!”jawab Haykal lembut.

Terima kasih suamiku. Kaulah penyelamatku. Kini aku bahagia bersama anak-anak. Hasil perkahwinan kami, kami memperoleh sepasang kembar. Semua anakku kini semakin membesar dan keletah. Lebih lagi yang sulung walaupun lahirnya dia ke dunia kerana nafsuku. Aku tetap menyayanginya. Haykal juga begitu. Kami aman dan bahagia bersama.

Ingatlah..!!! Janganlah kita mengikut nafsu semata-mata. Ingatlah wanita. Jagalah kesucian dirimu. Berilah kepada suamimu yang sah sahaja. Jangan bersedih dengan segala dugaan. Hadapi dengan bijak. Insya-allah kita bahagia.....




*agak-agak best tak cerita ni??? mengkarang sebuah cerita... itulah aku....

Wednesday, November 2, 2011

kantoi....!

hehehe.... kantoi sudah... ade kawan admin kol admin td... bunyinye mcm ni....

"woit minah... apesal wat blog baru x ckp pon... ni la kwn... lgsg xnk bg tahu ade blog lain... hbis blog y lame tue ko bg someone uruskan ke?? aku tgok dark tue asyik update je.... geli dowh bile bace...."
(dalam hati.... ape y org tue update smpai kawan aku ni geli?.... 
admin pon cakapla.... "tak apelaa... blog tue dah balik pada owner y asal... y cadangkan wat blog ni..."
kawan admin ckp>"eleyh ingat kenangan lame la tue... huhu.. tak pe la... bahagia je la..."
admin>mmg aku tengah bahagia la nie... t bebile kita kuar ye.. rindu gileyh at ko beb...
kawan admin> okay... tapi kali ni aku y belanje ko pulak....
admin>amboi... da bnyk duit ke? xpela.. its up to you...
kawan admin>xdela bnyk duit... ade sugardaddy sume ley jadi... hehehehe...
admin>ko ni ade2 je... harap business ko maju di samping hubby hang tue.."
kawan admin> okay.. tak lame lagi aku nk jd mummy..
admin>are u serious... bila mase hang pregnen..? xbagi tahu pon...
kawan admin>hehehe.. gurau la yunk...aku bakal jd maksu je...
admin>tenuk la hang ni... 


sabar je bile da besar masing2 ni... kepada owner blog y di maksudkan sekarang ni... jage la blog tue taw... i miss my blog... xmampu nk tgok lg blog tue...:( sedyh sgt..



 
                           




miss so much.....!

Tuesday, November 1, 2011

malasnye....!

huh... today hari selasa... admin xtahu nak but ape... dok depan laptop la jawabnye sambil o9... nk layan novel macam malas je... but...,, ari sabtu hari tue admin pergi Politeknik Shah Alam... bersama rkan2 di DIB 3B... seronok memang seronok... pasal usahawan... urm... kami bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah pukul 7.30.... kami berhenti rehat sekejap di Sungai besar untuk makan..  bertolak balik pukul 8.34pagi... sampai poli shah alam pukul 10.36 pagi.... nampk sangat admin asyik tengok jam.. huhu... then, kami diberi makan pagi at situ... dalam hati ni menyesal mkn at sungai besar tadi... dgr la ceramah at situ... pasal PUNB,MARA, and other... then main at karnival poli tue... kami join permainan makn keropok lekor... sape paling cepat dye menang... so, pemenangnye  kwn kami jugak... huhu... sebab kawan2 admin y join game tue... huhu... huhu...