Tuesday, October 18, 2011

esok.....

hurm... esok admin and kawan2 ade kelas full... mebi la... esok admin ade kelas tamadun islam yang mempelajari  tentang sejarah islam.. banyak manfaat yang kita ley tahu tentang dunia islam ni... tak rugi belajar... now, roomate admin ngah study... so, admin pon kena study gark... walaupun dye xbg admin bukak internet untuk update.. hehe... tapi admin degil.. post jugak senyap2... hehe... then, petang pulak.,,,, admin akan mempelajari tentang islamic banking product and services... kat sini kita ley study tentang produk dan sistem yang digunakan di bank2 islam... seronok belajar tentang perbankn islam ni.. xrugi... huhu... petang sikit.. admin ade test Fiqh Muamalat.... doakan admin ley jawab ye... tata... assalamualaikum....

Monday, October 17, 2011

kenangan bersama rakan mase buat minit mesyuarat...

hurmmm.. keje ni memang memboringkan.... tak seronok bile kena wat minit mesyuarat... tapi sebagai pengalaman memang berbaloi.... sem depan dah kena pergi praktikal.... peeerrrgggghhhh... seronoknye.... (konon je...) hehe.... kenangan yang xdapat di lupakan bila tengah sibuk snap picture... kawan-kawan yang tengah present ikot nak kena snap gark... memang lawak... hehe.. korang memang best... korang la kenangan yang terindah... huhu... luf u my fren.. kenangan yang mungkin x dapat aku lupakan...<3

















Thursday, October 13, 2011

SUKAN RAKYAT DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

o.k... entry kali ni admin nk citer pasal sukan rakyat ataupun boleh di panggil permainan tradisional... ramai yang tidak sedar permainan ini kadang-kala sangat mencabar.. admin pon tidak kurang bermain sukan rakyat ni.. huhu.... banyak input yang kita dapat dari permainan ni... antara permainan sukan rakyat yang disediakan penganjur seperti carrom, congkak, dam haji, batu seremban dan musical chair.... kawan-kawan admin pon bermain sukan rakyat ni.... semua permainan yang disediakan penganjur kami main...

ceritanya bermula.....

lepas habis kelas softskill kami... kami pergi ke unit latihan industri (praktikal)... maklumlah sem depan da kene wat practical... selesai urusan di situ... kami pon pergi ke dewan serbaguna di politeknik ini.... masuk2 jer permainan yang kami main dahulu adalh dam haji... permainan ni cume melibatkan dua orang sahaja.... Pengenalan

Setiap pemain memiliki jumlah buah dam yang sama (24 pada papan bersaiz 10 x 10 atau 12 pada papan 8 x 8), tetapi berlainan warna. Seorang hitam dan seorang lagi putih (atau merah). Pilihan warna tidaklah begitu penting berbanding catur, kerana warna putih tidak semestinya bermula dahulu.


Giliran


Mengikut persetujuan pemain, mana-mana pihak boleh bermula dahulu. Setelah pemain pertama menggerakkan satu buah, giliran pemain kedua pula. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat.


Cara bergerak

Setiap buah dam cuma boleh bergerak satu petak secara pepenjuru, sama ada ke kiri atau ke kanan, sekiranya petak tersebut masih kosong.
Haji (buah dam yang telah sampai ke hujung papan sebelah lawan) bergerak dengan cara yang sama, tetapi boleh pergi seberapa banyak petak yang dikehendaki Papan dan buah dam



Papan

Papan permainan yang digukan sentiasa berbentuk segi empat sama. Papan ini akan dibahagikan kepada (biasanya) 64 atau 100 petak segi empat sama, dengan warna petak yang berselang-seli gelap dan cerah. Polanya sama dengan papan catur, cuma saiz dan warnanya sahaja yang mungkin berbeza.



Buah

Buah dam boleh dibuat dari hampir apa sahaja. Yang penting ia boleh disusun dua sekali untuk menjadi "haji". Di warung kopi misalnya, kadang-kadang tutup botol digunakan sebagai buah, maka satu pihak akan menelangkupkan tutup botol manakala pihak lawan akan menelentangkan tutup botol.
Kedua-dua pemain bermula dengan buah biasa. Sekiranya mana-mana buah pemain berjaya sampai ke hujung papan lawan, ia dikatakan "naik haji". Buah haji ini biasanya dibezakan dari buah biasa dengan meletakkan satu lagi buah di atasnya (disusun dua tingkat). Keistimewaan buah haji ialah ia boleh bergerak ke hadapan atau ke belakang seberapa banyak langkah yang dikehendaki (sekiranya tidak dihalang buah lain).



Cara makan



Buah biasa

Sekiranya di pepenjuru kanan/kiri hadapan suatu buah sendiri ada buah lawan, dan di belakangnya kosong, maka buah lawan tersebut boleh dimakan (ditangkap dan dikeluarkan dari permainan) dengan melompat buah lawan tersebut. Ertinya, buah sendiri diletakkan di petak kosong di belakang buah lawan, kemudian buah lawan dikeluarkan dari permainan.
Sekiranya selepas makan kali pertama, situasi yang sama berulang lagi, maka pemain berhak memakan lagi. Ertinya, seseorang pemain boleh memakan beberapa buah lawan dalam satu giliran.
Perlu diingatkan bahawa buah dam biasa cuma boleh bergerak, dan oleh itu makan, ke hadapan.



Buah haji

Cara makan buah haji sama dengan buah biasa. Bezanya, bauh haji boleh bergerak banyak langkah, dan oleh itu boleh makan buah lawan yang jauh. Buah haji juga boleh makan ke belakang kerana ia boleh bergerak ke belakang


Peraturan makan

Sekiranya ada peluang memakan buah lawan, pemain diwajibkan melakukannya. Kegagalan untuk memakan buah lawan akan menyebabkan phak lawan berhak mengambil buah pemain yang gagal memakan dan mengeluarkannya dari permainan.
Sekiranya terdapat pilihan untuk memakan buah lawan, pemain boleh memilih untuk memakan mana-mana buah yang dikehendakinya.
Sekiranya ada dua buah atau lebih untuk dimakan, pemain boleh memilih untuk makan seberapa banyak buah yang diingininya.

Bermula

Kedudukan pemulaan 8x8
Kedudukan permulaan permainan dam adalah seperti di dalam gambar di sebelah. Petak paling bawah kiri berwarna gelap, manakala petak paling bawah kanan berwarna cerah. Setiap pemain meletakkan (bagi petak 8x8) kesemua 12 buahnya pada 3 baris yang terdekat, pada petak yang berwarna gelap. Ini akan meninggalkan dua baris kosong di tengah papan permainan.
Seperti yang disebut di atas, mana-mana pihak boleh bermula dahulu, bergantung kepada persetujuan pemain.

Tamat

Permainan dam tamat apabila:
Seorang pemain kehilangan semua buah damnya. Dia dikira kalah.
Seorang pemain tidak dapat menggerakkan buahnya kerana disekat. Dia dikira kalah.
Seorang pemain menyerah kalah.
Kedua-dua pemain bersetuju untuk seri, biasanya kerana kedua-dua pemain mepunyai buah haji yang tidak dapat dimakan atau disekat.


so lepas main tue kami pon balik.... admin menang tempat kedua dalam permainan batu seremban....! hehe....


 ni muke2 membe y tgah main,.... see k...




PERMAINAN BATU SEREMBAN














PERMAINAN CONGKAK












PERMAINAN MUSICAL CHAIR






























PERMAINAN DAM HAJI




















Rase2nye..........best x sukan niey...??? so, main la ye sukan rakyat ye....!

Wednesday, October 12, 2011

hari ini punye kejadian...

hari ni admin nk share pasal permainan tradisional... ramai rata-rata kita dah lupa permainan tradisional... maklumlah... sekarang kan zaman teknologi.... buat ap nk main penat-penat... panas pulak tue... lebih baik main game or play station kat rumah... lagi best... xrase panas pun... xpyah nk guna tenaga banyak pon... lagipun bnyk cabaran main game play station ni...
Permainan tradisional dapat  membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita selain dpat mengeratkan lag tali silaturrahim. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.
oleh itu... petang td... admin telah keluar untu bermain permainan tradisional ini... admin hanya berpeluang bermain dua permainan sahaja... ianya hanya permainan bola beracun dan galah panjang... tapi gambar intuk permainan ini admin tidak dapat upload lagi kerana rakan yang mengambil gambar sudah hilang entah ke mana... x sempat nk Bluetooth da hilg kawan tue... so, y sedia ade la ye... tapi rakan admin jugak turut bermain permainan trdisional... iaitu lambung kasih... permainan ini hanya melibatkan dua orang... di mana belon yang telah di isi dengan air di baling ke pada kawan yang lagi satu... sekiranya pemain dapat menyambut belon yang di baling pemain lain dan tidak pecah... permainan diteruskan... namun jarak di jauhkan... permainan tamat apabila belon yang di isi air pecah...


muke2 member sebelum bermain permainan tradisional




posing dulu.... y peace tue tetido jap... hehe... :-)




wanita idaman ke??? hehe





bergembira dulu....^.^





peace NO WAR... tetibe admin ase diri admin pendek... huhu





ap la yang kawan-kawan ak wat ni....!




smile.......






peace be happy k...!






menyebok je minah ni... haaaaaiiiiissshhhh...





hurrrrrrmmmmm... bile nk main ni...!





posing dgn muke macam nk kne penyepak...!






pelukan kasih...!





sayang kawan-kawanku....^.*





kenapa ni..?????





malu la.!




ikut susunan... dari yang tinggi ke rendang... hehe







inilah permainan lambung kasih.... jgn kasi pecah ye....!







nah... amik niey....!






aaarrrgghhhhhhh... dapat pon....!







tangkap...!





agak2 best x mainan lambung kasih niey??? besok admin nk main permainan tradisional.... tapi y indoor la... mcm congkak... batu seremban.... dan lain2.. tunggu esok ye.....!