Sunday, November 13, 2011

DEMI CINTA LELAKI....!


            Demi lelaki yang aku cintai, aku sanggup menyerahkan kesucian diri yang aku jaga rapi dari dahulu kepada mana-mana lelaki. Namun demi lelaki yang hanya ku kenal baru seketika telah membuatkan aku hanyut dalam syurga dunia. Bukan aku tidak ada agama. Bukan aku tidak tahu pasal hukum-hakam agama. Namun, aku kalah dengan pujukan iblis yang sering kali membuatkan aku lalai dan melupakan Allah S.W.T.

Pernah dahulu aku tidak mahu berkenalan dengan mana-mana lelakipun kerana aku takut akan maksiat yang aku lakukan. Kerana hasutan Syaitan yang terus-terusan menggodaku, akhirnya aku tergoda.

Ceritanya bermula setelah aku berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA. Seluruh keluargaku sangat bersyukur dengan pencapaianku sehingga berjaya ke menara gading. Orang yang paling gembira ialah mamaku. Dialah yang selama ini menjagaku setelah ayahku terpaksa menceraikan mama kerana ibunya. Ibunya tidak suka dengan mamaku kerana mamaku seorang yang alim. Ayahku terpaksa menceraikan mamaku walaupun itu bukan kemahuannya. Kata ayah, dia terpaksa menceraikan mama jika tidak mama akan terus disakiti ibunya.

Oh ayah.. begitu berat ujian buatmu. Namun aku sangat berterima kasih kepadamu kerana walaupun telah bercerai dengan mama engkau tidak lupa memberikan nafkah, makan dan pakai untuk anak-anakmu. Kami sungguh bahagia walaupun mama dan ayah tidak tinggal sebumbung.

Ayah selalu menjenguk kami. Ayah kata walaupun mama dan ayah sudah bercerai, tapi kasih sayang ayah terhadap anak-anak ayah tidak dapat di pisahkan. Oh ayah... adik sayang ayah. Kadang-kala ayah menelefon kami. Bertanya tentang pelajaran, makan, pakaian kami dan solat kami. Kami tahu ayah sibuk menguruskan syarikat pakcik. Kami tahu ayah terpaksa ulang-alik ke luar negara untuk mengembangkan lagi syarikat pakcik.

Tetapi, sejak enam bulan yang lepas, adik dapat tahu ayah akan menguruskan syarikat pakcik di luar negara. Ayah.... jangan tinggalkan adik. Tetapi ayah tetap pergi. Sebulan ayah di sana, ayah ada mengirimkan email kepada kami. Namun, sejak kebelakangan ini kami jarang menerima email ayah. Ayah kata ayah sibuk.

Oleh kerana kurang perhatian dari seorang lelaki akhirnya aku berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Raziman. Dia seorang lelaki yang pada mulanya menolong aku semasa mula-mula menjejakkan kaki di IPTA ini. Dia salah seorang senior yang menjaga aku semasa Minggu Suai Kenal dijalankan. Segala makan minum dan kesihatanku dijaga. Keakraban kami membibitkan perasaan sayang yang aku sudah lama tidak terima dari seorang lelaki.

Raziman sangat terkanal di kolej ku. Dia memang seorang lelaki yang tampan. Memang dia lelaki pujaan di kolej ku. Aku sangat bertuah mendekatinya. Ramai wanita di kolejku selalu iri hati melihat kami berdua bersama selalu. Raziman sangat mencintaiku. Dia sanggup menjagaku di saat aku demam. Dialah yang merawat aku sehingga aku sembuh.

Suatu hari di sebuah taman, aku dan dia berdua duduk di sebuah kerusi di situ. Walaupun telah lama mengenali satu sama lain, kami tidak pernah bersentuhan. Namun petang itu kerana pujukan Syaitan, Raziman tiba-tiba mendekatiku sehingga badanku melekat ke badannya. Dia melentokkan kepalanya di ribaku. Aku bagaikan terpukau terus sahaja membelai rambutnya. Raziman gembira. Itulah zina pertamaku.

Seminggu kemudian, kami pergi berkelah berdua di air terjun batang kali. Kami pergi berdua sahaja. Aku langsung tidak memberitahu mamaku mahupun sesiapa. Setelah mandi-manda di air terjun itulah tiba-tiba Raziman memelukku. Aku terus membiarkan dia memelukku kerana sayangnya aku kepadanya. Tanpa ku sedari, kami bercumbu. Ya Allah.. malunya aku kerana tunduk dengan pujukan syaitan. Nikmat dunia yang hanya sementara.

Kerana peristiwa itu, kami sering berjumpa dan bercumbu apabila memperoleh kesempatan. Aku membiarkan sahaja Raziman mencumbuiku dan bagaikan tiada maruah aku membiarkan sahaja Raziman meraba tubuhku. Aku langsung tidak memikirkan dosa yang ku peroleh. Aku hanya mengetahui nikmat dan cinta yang Raziman beri padaku.

Kami terus-terusan melakukan maksiat. Hanya kerana mengejar dunia. Aku lupakan akhirat. Aku lupa pesan mama yang menyuruhku pergi belajar dan menjaga maruah diri dan keluarga serta agamaku. Mama, adik minta maaf. Pelajaranku semakin merosot. Namun kami terus melakukan perkara terkutuk itu.

Sehinggalah pada suatu hari mama memintaku untuk pulang ke rumah kerana mama ingin membuat kenduri. Oleh kerana tidak mahu Raziman kecewa, aku menipu pada mama bahawa aku mempunyai assigment yang perlu di hantar segera. Mama kecewa. Ya Allah.. itulah pembohongan aku yang pertama kepada mamaku. Mama.... adik minta maaf..

Malam minggu itu akhirnya aku menyerahkan kesucian diriku pada seorang lelaki yang bernam Raziman. Malam itu, aku hanya membiarkan Raziman membuka pakaianku satu persatu. Oleh kerana tidak mahu di tinggalkan Raziman aku sanggup menyerahkan mahkota diri ku pada lelaki yang bukan suamiku yang sah. Kerana pujukan Syaitan aku tergoda. Raziman menggodaku. Aku langsung tidak menepis mahupun melarang tindakan Raziman. Pujukan dan sentuhannya membuatkan aku hanyut. Hanyut dengan godaan lelaki. Ya Allah... malunya aku.... kami tewas dengan pujukan Syaitan.

Bukan setakat malam itu, kami melakukannya apabila kami berkesempatan melakukannya di rumah Raziman. Oleh kerana ibu bapanya sibuk, rumah itu akan sunyi. Sehinggalah suatu hari ketika ingin melakukan perbuatan terkutuk itu, aku muntah.

Keesokannya kami pergi ke klinik bersama-sama. Ujian mendapati aku hamil 3 minggu. Oh tuhan malunya aku. Dunia ini ku rasakan sangat gelap. Masa depanku hancur. Raziman pergi meninggalkan ku keseorangan mengalami masalah ini.

Mahu tidak mahu aku terus pulang ke kampung. Aku terpaksa jujur dengan mamaku. Setelah memberitahu mamaku tentang berita buruk ini, air mata seorang ibu jatuh ke lantai. Malam itu buat pertama kalinya aku di pukul ibuku dengan menggunakan kayu api. Hampir pitam aku apabila mama memukulku separuh mati. Akhirnya, kakak-kakakku mencari lelaki yang bernama Raziman untuk bertanggungjawab ke atas bayi dalam kandunganku. Kakakku berjaya mencarinya.

Dua minggu selepas itu, ketika kami ingin bernikah. Tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon dari pihak polis yang mengatakan kenderaan yang di naiki Raziman sekeluarga terbabas ke dalam gaung. Semua penumpang dan pemandu meninggal di tempat kejadian. Pitam aku mendengar berita itu. Kandunganku semakin membesar. Setiap hari aku berfikir ingin menggugrkan kandungan ini. Namun kuasa Allah. Apabila aku ingin menggugurkannya akan ada penyelamat.

Haykal, teman rapatku sejak kecil sering menasihatiku. Nasihatnya telah membuatkan aku sedar bahawa Allah masih menyayangiku. DIA ingin aku bertaubat. Kembali ke jalan-Nya. Seminggu kemudian, Haykal masuk meminangku. Aku terpina dan kejutan yang di beri. Rupa-rupanya Haykal telah mencintaiku sejak kami di bangku sekolah menengah. Haykal sudi menerima aku dan kandunganku yang bukan darah dagingnya sendiri. Kami bernikah tidak lama selepas itu.

“abang, kerja elok-elok ye. Ingat..! hari ni ulangtahun perkahwinan kita yang ke-3. Jangan lupa balik awal. Saya masak lauk kegemaran abang”sambil mencium tangan suamiku.

“baik sayang. sayang jaga rumah elok2 ye. abang pergi kerja ni...!”jawab Haykal lembut.

Terima kasih suamiku. Kaulah penyelamatku. Kini aku bahagia bersama anak-anak. Hasil perkahwinan kami, kami memperoleh sepasang kembar. Semua anakku kini semakin membesar dan keletah. Lebih lagi yang sulung walaupun lahirnya dia ke dunia kerana nafsuku. Aku tetap menyayanginya. Haykal juga begitu. Kami aman dan bahagia bersama.

Ingatlah..!!! Janganlah kita mengikut nafsu semata-mata. Ingatlah wanita. Jagalah kesucian dirimu. Berilah kepada suamimu yang sah sahaja. Jangan bersedih dengan segala dugaan. Hadapi dengan bijak. Insya-allah kita bahagia.....




*agak-agak best tak cerita ni??? mengkarang sebuah cerita... itulah aku....

No comments:

Post a Comment